KUALA TERENGGANU: Satu forum pendidikan bertajuk "Membangun Generasi Bermaruah" telah diadakan pada 21 April di Kuala Ibai anjuran KAWAN iaitu sebuah NGO berteraskan pendidikan.
KUALA TERENGGANU: Satu majlis ramah mesra bersama DS Anuar Ibrahim telah diadakan di Gong Badak dalam DUN Seberang Takir oleh Keadilan Kuala Nerus dalam usaha untuk menawan DUN Seberang Takir dan Terengganu dalam pilihan raya akan datang.
HULU TERENGGANU: Apabila ditanya adakah Allah itu ada? Maka pasti dengan yakin kita menjawab ada. Apakah buktinya? Maka tentulah dengan adanya makhluk-makhluk ciptaan Allah seperti tumbuhan dan air.
KUALA TERENGGANU: SMK Padang Midin telah menganjurkan aktiviti Perkhemahan Tahunan Badan Beruniform dengan kerjasama PIBG bertempat di Taman Pertanian Negeri, Sekayu dari 5 April hingga 7 April. Seramai 140 orang pelajar tingkatan satu hingga lima yang mewakili 14 badan beruniform telah menyertai perkhemahan itu.

KUALA TERENGGANU: Satu program motivasi yang memberi kesedaran kepada pelajar mengenai bahaya zina telah diadakan di SMK Padang Midin pada 25 Mac 2012.
KUALA TERENGGANU: SMK Padang Midin telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Ke 34 pada hari ini, Sabtu, 24 Mac 2012 bertempat di Dewan Setia Budi, SMK Padang Midin.
KUALA TERENGGANU: Dua orang pelajar Fizik STPM 2011 SMK Padang Midin telah berjaya lulus penuh dalam subjek tersebut apabila keputusan STPM 2011 diumumkan kelmarin, Rabu, 7 Mac. Salah seorang daripada mereka telah mencipta rekod bagi pelajar sains tulen yang berjaya mencapai NGMP melebihi 2.4 (dapat 2.5). Satu "surprise party" telah diadakan untuk mereka hari ini.
KUALA TERENGGANU - SMK Padang Midin telah menganjurkan Hari Kolokium Pelajar Pra-U bagi tahun 2012 pada hari Rabu 29 Februari. Majlis berlangsung di Dewan Setia Budi bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang. Sebanyak 20 kumpulan pelajar Pra-U telah membentang hasil penyelidikan mereka yang telah dimulakan pada tahun lepas. Para hakim terdiri daripada guru-guru tingkatan enam.
Admin: Wahai remaja yang disayangi, sempena bulan Rabiul Awal iaitu bulan kelahiran Junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam, mari sama-sama kita hayati nasihat Baginda supaya dapat kita ikut dan semoga kita menjadi umat yang dikasihi oleh Baginda.
Dari Ibnu Abbas RA, katanya: Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasulullah SAW (boncengan), lalu baginda bersabda: Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan kamu, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana keatas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku. (Hadis Hasan Sahih Riwayat Iman Tarmidzi)
Takrifan MAKMUM MUAFIK dan MAKMUM MASBUK yang mengelirukan dalam buku teks!
Takrifan MAKMUM MUAFIK dan MAKMUM MASBUK yang diberikan dalam buku teks Pendidikan Islam Tahun Lima terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2009 agak mengelirukan dan berbeza dengan takrifan yang diberikan dalam kitab-kitab fiqah.










